Cinta Sambal Belacan (2013) Telemovie Astro Mustika HD



Madi, ialah seorang yang masih jejaka bujang yang moden dan telah 3 kali menjadi juara dalam satu pertandingan berprestij. Kerana status bujangnya, dia kerap kali didesak oleh ibunya untuk segera berkahwin.

Wanda pula ialah seorang gadis cantik dari kampung yang telah mendapat ilmu masakan daripada neneknya, dan sangat berminat untuk menjad seorang chef yang berjaya, Kedua - dua mereka kemudian menyertai suatu pertandingan memasak berprestij dan kedua – duanya menjadi pesaing terhebat.

Tanpa diketahui sesiapa, Wanda sebenarnya dalam senyap menaruh hati terhadap Madi. Madi pula sangat berminat untuk mengatahui apakah resepi rahsia Wanda. Apabila Madi mengetahui yang belacan buatan nenek Wanda adalah resepi rahsia tersebut, Madi berusaha untuk mempelajarinya daripada nenek Wanda. Berjayakan Madi dan apakah kesudahan Wanda dan Madi?

Pelakon: Shae, Angah Raja Lawak and Ruminah Sidek


Back To Top