Mencari Datin, Skrin Di 9 (2014)



Razak awal 50an, seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu.  Razak mempunya seorang anak perempuan  bernama Junaidah berusia dalam 20an hasil perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua.

Razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua. Namun segalanya mula berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status Dato’  dari sebuah istana negeri.  Razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profail syarikat yang di milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.

Saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin. Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta percakapannya.  Junaidah menjadi mastermind untuk mempersiapkan ibunya untuk menjadi seorang Datin.

Perbuatan Saleha itu menyebabkan Maria mulai merasa menyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani (20an) adik kepada Maria mulai menghasut Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin.  Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus.

Pelakon: Ifa Raziah, Ropie Cecupak, Zara Zya, Lana Nodin, Ramona Zamzam, Dayana Roza, Acong, Sweetchild, Muntazar Ghufran dan ramai lagi.
Download: Embedupload



Back To Top