Juara Joran (2014) Astro Mustika HD


Rancangan realiti yang melibatkan seorang pemancing dan seorang artis dalam satu pasukan. Mereka akan bersaing melalui cabaran ketahanan fizikal, mental, bakat memancing dan memasak.












Tayangan: Astro Mustika HD
Masa: Rabu jam 10.30 malam
Jumlah Episod: 15
Status: Tamat

Tonton

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Download

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

LAGI BERITA

Ramai tidak mengetahui memancing merupakan hobi yang mencabar selain boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.Bagi kaki-kaki pancing yang sudah profesional dan dikenali sebagai ‘angler’, memancing mendatangkan pendapatan lumayan melalui pertandingan peringkat profesional dalam dan luar negara.

Mereka juga memiliki kelengkapan memancing yang pelbagai dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit, sama seperti pemain golf profesional.Berdasarkan minat tinggi itu, Astro mengambil inisiatif mewujudkan program realiti Juara Joran. Langkah Astro ini ibarat usaha menaik taraf golongan itu ke peringkat tinggi.

Untuk menarik lebih ramai penonton, barisan 16 artis dan selebriti tempatan menyertainya seperti Syuk Balas, Ajak Shiro, Dinaz Mokhtar dan Lufya Omar.Selain memancing, peserta perlu menjalani pelbagai cabaran lain, termasuk memasak dan cabaran setempat seperti sering dilihat dalam pertandingan Amazing Race dan Master Chef.

Juara Joran telah menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara.Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani memberitahu pemilihan Yana adalah kerana pelakon ini dilihat mampu berinteraksi dengan baik dan spontan di hadapan kamera.

“Walaupun ramai yang kata kaki pancing ni kebanyakkannya lelaki, tetapi ada juga kaki pancing wanita. Jadi tak salah kita pilih Yana kerana dia seorang yang santai, relaks dan bersahaja.“Yana mampu kendalikan program ini dengan baik walaupun pengolahannya lebih serius.

“Tidak dinafikan pada rakaman episod pertama, Yana nampak gementar dan kurang menjadi kerana mungkin dia masih mencari rentak dan kekuatan diri.“Tetapi minggu ke minggu Yana menunjukkan peningkatan sehingglah pada rakaman episod ketiga, Yana mampu mengendalikan program tersebut dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Juara Joran baru-baru ini.

Tambah Nizam Sani lagi pemilihan hobi memancing untuk program reality dilakukan selepas kajian dijalankan selama dua tahun mengenal pasti jenis hobi yang paling mendapat perhatian. “Lepas kita buat kajian, terbuktilah pemancing adalah penyumbang aktiviti paling ramai.

“Selama ini, pemancing tidak diiktiraf di TV dan golongan itu dalam dunia mereka sendiri. Kalau ada program TV, sekadar bentuk majalah dan bercerita mengenai tempat memancing menarik dan seumpamanya.“Sambutan juga sungguh menggalakkan, di mana ketika uji bakat yang diadakan secara online, seramai 400 pemancing dari pelbagai latar belakang hadir, tetapi hanya 16 peserta bertarung dalam pertandingan kalah mati,” katanya.

Selain Yana selaku pengacara, Juara Joran disertai selebriti dan juara Masterchef Selebriti Malaysia pertama, Datuk Fazley Yaakob sebagai juri.Juara Joran akan disiarkan Ramadan ini di saluran Astro Mustika HD (saluran 134).
Back To Top