Kifarah Episod 6 - Qudrat Anak



Mengisahkan sebuah keluarga lima beranak di mana si ayah telah kehilangan kerja dan menganggur. Si ibu pula boros, suka membeli barang semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sehingga berhutang. Pada satu hari si ayah ke kedai makan, ada seorang budak datang meminta derma. Si Ayah terdengar ada orang mengatakan yang budak-budak pemungut derma ini mendapat hasil yang lumayan.

Dari situ si ayah dapat idea. Dia pulang ke rumah dan menyuruh anak-anaknya menjadi pemungut derma. Si ayah memberikan alasan bahawa menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membantu ibu bapa apabila ibu dan ayah di dalam kesusahan. Bermulalah kehidupan anak-anaknya sebagai pengemis setiap kali selepas pulang dari sekolah.

Si ayah dan ibu suka hati melihat hasil kutipan yang lumayan setiap hari. Didorong sifat tamak dan ingin mendapat lebih banyak hasil, si ayah merancang taktik baru meminta si ibu pula mengemis membawa bayi mereka. Akhirnya kegiatan keluarga ini diketahui pihak polis.

Lakonan Zamarul Hisham, Nadia Mustaffa, Khayreena Kemal, Khayrisyah Kemal dan Fazren Rafi.


Back To Top