Ramadan Jangan Pergi, Istimewa Ramadan TV3 (2014)


Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut . Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo.










Pelakon: Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani
Tayangan: TV3
Masa: Mulai 25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
Jumlah Episod: 15
Status: Tamat

Tonton

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Download

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
Back To Top