Senarai Telemovie Raya 2014


SUPERSTRA (TV9)
Sebuah telemovie yang mengisahkan tentang Norman, seorang pelakon tambahan (ekstra) dalam industri filem tanah air yang ingin menjadi pelakon terkenal tetapi terpaksa mengharungi dugaan dan politik dunia lakonan, terutama pelakon tambahan.Beto Kusyairi, Cristine Suzanne, Anas Ridzuan, Sharifah Shahira, Harun Salim Bachik, Adibah Noor.

PONTIANAK TENG TENG (TV9) 28 Julai, 12.30 pm
Seorang janda jelita baru berpindah ke kampung A dan digilai oleh pemuda-pemuda di kampung tersebut. Janda ini berpakaian kebaya sepanjang masa dan menoreh getah. Saban hari, akan ada pemuda di kampung tersebut yang akan mati ditemani lakaran teng teng. Penduduk kampung yang mencurigai perkara tersebut mencari punca kejadian.Rahsia terbongkar apabila pontianak tersalah baling batu teng teng dan terkena diri sendiri.

KAMPUNG GIRL RAYA (TV3)
Ain sarat mengandung 9 bulan dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Oleh itu, suaminya Asyraf harus memenuhi hasrat isterinya itu.



LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA (TV3)
Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara.Sherry yang dulunya jahat muncul semula. Adakah Sherry akan buat perkara yang sama?



SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA (TV3)
Firash dan Syafa berkahwin dan di kurniakan sepasang anak kembar. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya.Shidah, kawan dari kecil Firash muncul dari luar Negara dan Shidah meluahkan perasaan suka kepada Firash.Apa akan terjadi kepada rumah tangga Firash dan Syafa?

KIMCHI RAYA (TV9)
Mengisahkan JIHAN, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea, berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan, kebetulan tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Dilakonkan oleh Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar. Casts : Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu, Shah Tapaw, Man Raja Lawak, Fendi Seman, Amir Raja Lawak

Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 (TV9)
Suatu gandingan mantap antara tiga infotainmen paling popular di Malaysia. Melodi Tv3, Galaksi Tv9 dan RAP Metro buat julung kalinya mempersembahkan Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 kepada aktivis seni tanahair dan peminat hiburan Malaysia. Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 adalah untuk menghargai penggiat seni tanahair dalam pesada seni tempatan sepanjang tahun 2013 sehingga tahun 2014.

SPAIN UOOLSS (TV3)
Apa akan terjadi?Mak Cun baru memenangi RM10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Oleh itu, dia ingin membuat kejutan untuk melawat anaknya, Halimaton, di Spain.Setelah tiba di Spain, Mak Cun sesat dan alamat Halimaton telah hilang.Apa akan terjadi kepada Mak Cun?

BAJU RAYA YAYA (TV3)
Yaya seorang yang berprinsip dan mempunyai seorang adik bernama Mimi. Mimi yang mempunyai teman lelaki takut untuk memberitahu kakaknya dia mempunyai teman lelaki. Justeru itu, teman elaki Mimi harus memikat hati Yaya dahulu.











Antara Program Raya Astro 2014

Nostalgila (24 Julai/Astro First)
Aaron & Zizan Raya Seram Sejuk (31 Julai/Astro Ria)
Pureen Chak Chak Syawal (30 Julai/Astro Ria)
Manis (30 Julai/ Astro Ria)
Ketupat Rendang Keju (29 Julai/Astro Warna)
Hantu Selfie (3 Ogos/Astro Ria)
Meletop Raya (28 Julai/Astro Ria)

Back To Top