Salam Buat Kekasih (2014) Telemovie Istimewa AidilAdha



Siah dan Husin mempunyai seorang anak Sindrom Down bernama Muis.  Siah dan Husin juga menyimpan hasrat untuk mengerjakan haji akan tetapi setelah permohonan mereka berjaya, mereka risau siapa pula yang akan menjaga Muis sepanjang ketiadaan mereka.

Abang dan Kakak Muis bencikan Muis kerana kecacatannya. Kerana sayangkan Muis, Husin mengalah dan membenarkan Siah pergi dahulu ke Tanah Suci.  Sepanjang Siah di sana, Husin sering menyatakan kerinduannya terhadap Nabi Muhammad dan berharap gilirannya untuk menjejakkan kaki ke sana akan termakbul juga nanti.

Sesungguhnya ajal maut itu tiada siapa yang pernah menduga, tanpa pengetahuan Siah, Husin telah meninggal dunia kerana jatuh dari pokok sewaktu dia ingin mengambil air nira yang diminta oleh Siah sempena kepulangannya dari Tanah Suci.

Saksikan lakonan hebat Datuk Seri Haji Aziz Singah, Hajah Aznah Hamid, Aedy Ashraff, Erry Putera dan Ayu Mayumi dalam telefilem Salam Buat Kekasih sempena Aidil Adha ini.

Download Link (657mb) : Embedupload / GO4UP


Back To Top