Salju Sakinah (2014), TV Alhijrah


Ketika Sumayyah habis duduki exam tahun akhir di Jordan pada masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sumayyah juga telah menerima emel daripada Afnan.












Pelakon:  Raja Farah, Yus Waisar
Tayangan: TV Alhijrah (Setiap Selasa 10 malam)
Jumlah Episod: 13
Status: Tamat

Tonton

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Novel Salju Sakinah
Karya tulisan Zaid Akhtar ini berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah di Irbid sebagai seorang siswi / pemimpin siswi dan sebagai seorang anak, adik, jiran, bos, dan penceramah muslimah di kampung halamannya.

Permulaan ceritanya mencipta kenangan dan memori tersendiri buat Sumayyah, yang seterusnya akan membuka lembaran baru untuknya. Sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca.

Jalan cerita mula berkembang apabila Sumaiyyah tiba di tanah air. Satu demi satu ujian yang dihadapinya benar-benar menguji kewarasan, kesabaran, jati diri dan maruahnya dalam setiap tindakannya. Bermula daripada keluarga, syarikat, agama, masyarakat dan diri Sumayyah sendiri. Isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara yang terjadi di persekitaran kita tetapi kadang-kadang kita berada di luar kemampuan manusia untuk mengawalnya. Ujian yang bertimpa-timpa menghimpit Sumayyah dalam satu masa, benar-benar turut sama menghimpit jiwa pembaca. Penulis banyak bermain dengan emosi Sumayyah sehingga pembaca dapat merasai kekecewaan, kemarahan, kesedihan, kesyukuran, kelapangan, kegembiraan Sumayyah. Atau lebih tepat lagi emosi pembaca wanita.

Penulis juga secara halus, menyentuh soal hiburan, eksploitasi dan aurat wanita. Ianya tidak diceritakan secara panjang lebar tetapi cukup dengan melihat respon watak-watak di dalam cerita ini. Penulis sebenarnya menegur pembaca supaya lebih sensitif dengan isu-isu yang dipandang ringan ini.

Back To Top