Memaparkan kisah antara Mia (Liyana Jasmay), seorang penyanyi yang sedang ingin menempa nama dan Seth ( Bront Palarae) seorang rakyat Malaysia yang telah sekian lama menetap di Amerika Syarikat. Mereka bertemu secara kebetulan ketika masing-masing dalam perjalanan ke kota metropolis New York. Peristiwa demi peristiwa berlaku di sepanjang perkenalan disulami bibit-bibit romantik dan komedi, namun ada pula perselisihan yang timbul antara mereka.
Pelakon : Liyana Jasmay, Bront Palarae, Juliana Evans, Tony Ward, Izuan Mokhtar, Bianca Bastian, Karina Bradfield, David Shaw, David Glick, Ashraf Rahman, Johan Hanania