Cahaya Malaika (2015) Cerekarama TV3



Mengisahkan Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang sekaligus mengheret isterinya Lily dan anak mereka Hanna hidup dalam kesusahan.

Ezra memulakan kehidupan baru dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya, sekaligus menyelamatkan diri daripada ancaman Along. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap.

Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar.

Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut. Dugaan Ezra tidak berhenti disitu, apbila beliau disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu.

Akhirnya isterinya Lily menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat.

Telefilem arahan Raja Mukhriz ini dibintangi Que Haidar, Sharifah shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Back To Top