TV3 bakal tampil dengan sebuah program bual bicara baharu bertajuk, ‘Ye Ke?!’ bagi menggantikan ‘Mentor Legend’ yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Program terbitan Primeworks Studios ini dijadualkan menemui penonton pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 1 Mac di TV3.
Tayangan: TV3
Masa: setiap Ahad, jam 9 malam (mulai 1 Mac 2015)
Jumlah Episod: 13
Status: Terkini - Episod 5
Tonton
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 |
Download
Episod 1 | >Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 |
Info rancangan 'Ye Ke?!
Bersiaran selama satu jam, program rakaman yang membincangkan tentang isu-isu serta gosip terkini artis jemputan tanah air akan dihoskan oleh dua pengacara iaitu Ogy Ahmad Daud dan AG Hot FM. ‘Ye Ke?!’ merupakan kesinambungan dari program ‘Melodi Raya’ yang turut dihoskan oleh pengacara sama pada tahun lepas.
Antara topik yang dibincangkan seperti Wedding of The Year, Hot Mama, Fesyen, Alam Mistik, Media Sosial, Gosip Percintaan, Perkahwinan atau Perkahwinan dan Impian (Kalau Boleh Saya Nak…). Bagi episod Hot Mama, Faezah Elai, Rozita Che Wan, Nabila Huda dan Dynas Mokhtar merupakan antara selebriti yang memeriahkan studio di mana mereka turut membawa anak mereka bersama.
Selebriti lain yang turut menghangatkan set ‘Ye Ke?!’ termasuk Erra Fazira, Izreen Azminda, Amar Baharin, Awal Ashaari, Jihan Muse, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi. ‘Ye Ke?!’ menjanjikan sesuatu yang unik dan hebat bagi melengkapi malam minggu anda. Selain itu, keletah hos dan artis jemputan juga pasti akan mencuit hati penonton seisi keluarga.