Alaa Bib (2015) Slot Iris TV3


Saksikan drama terbaru slot Iris lakonan Iqram Dinzly, Atikah Suhaime, Ammar Titan, Nur Risteena dan Syafiq Kyle.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 12 Oktober 2015 (Setiap Isnin - Khamis 6.30 petang)
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat



Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Drama Alaa Bib...
Bibah termenung pandang syiling rumah sambil dengar leteran ibunya tentang keputusan SPM nya yang teruk giler. Tapi bagi Bibah yang suka ambil mudah semua perkara, keputusan teruk dalam periksa bukan berakhirnya duniani. Banyak lagi orang yang gagal SPM tapi boleh kaya raya, kata Bibah. Tapi ibunya langsung tak percaya Bibah akan jadi salah sorang daripada manusia yang kaya raya itu. Tak ada usaha, tak akan boleh jadi kaya kata ibunya. Sementara itu Lokman dapat kenaikan gaji. 

Dia gembira dan perkara pertama yang dia buat ialah belanja Bibah makan direstoran. Inipun suspen jugak. Ingatkan yang tunggu Bibah dengan pakaian smart dengan butang sampai dagu tu seorang jutawan, rupanya pemandu lori yang ingin meraikan kejayaannya dapat kenaikan gaji! Tapi itulah kawan dan jiran Bibah yang tua 3 tahun dari Bibah. Banyak jugak jiran yang ajak Bibah kerja dengan mereka. Ada makcik yang jual nasi lemak mintak Bibah jadi tukang bungkus nasi. Mampus Bibah tak nak. 

Ada kawan yang ajak Bibah kerja kat stesyen minyak, pun Bibah tolak. Yang ajak kerja di kedai runcit, kedai dobi, semua ditolak. Apalagi yang ajak kerja yang berkaitan pertanian dan penternakan. Mahu muntah Bibah dapat offer tu. Bibah nak kerja yang ada kelas. Yang boleh dapat duit riban-riban. Mahu tak kena gelak dengan Lokman. Lulus SPM cukup-cukup makan ada hati nak dapat kerja gaji 4 angka. Bibah happy bila Hakim, abang dua pupunya yang belajar dan bekerja di luar negara nak balik. 

Dia dah lama minat dengan Hakim dalam senyap-senyap. Lebih Bibah teruja bila Hakim bagitahu yang dia balik untuk pinang anak dara orang. Nanti bolehla jadi teman dia semasa di UK bila dah kahwin. Ayat yang paling Bibah ingat ialah bila Hakim cakap, orang pertama yang dia nak jumpa ialah Bibah! Kembang kempis hidung Bibah baca kad kiriman Hakim. Lebih lawak bila Bibah dah mula duk masuk kedai jual baju musim sejuk. 

Usha2 mana yang boleh dibeli nanti dan pakai baju sejuk tebal kat negara orang putih. Kuat betul berangan Bibah. Tapi Bibah terperanjat bila ibu bagitahu yang dia terjumpa Hakim dengan ibu dia kat kedai. Bukan haritu kata ‘orang pertama yang Hakim nak jumpa ialah Bibah ke?’. Hakim ni menipu ke atau sengaja nak bagi surprise kat dia? Bibah resah dan berazam nak jumpa jugak dengan Hakim. Lepastu Lokman pulak bagitahu yang dia ada projek besar. Bibah rasa teruja dan lupa sekejap pasal Hakim. Bibah terus jumpa Lokman. 

Bibah percaya dengan kebolehan dan kesungguhan Lokman. Rupanya Lokman kata projek besarnya ialah mendirikan masjid bersama Bibah! Pucat lesi muka Bibah!

Back To Top