Saksikan drama bersiri MonaLisa adaptasi daripada drama Korea berjudul 'Two Women's Room'. Menampilkan gandingan pelakon Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin.
Tayangan: Astro Prima & Astro Maya HD
Siaran : Mulai 20 Mac 2017, Isnin-Jumaat 6.00 petang
Jumlah Episod: 80
Status: Tamat
Tonton
Download
WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Melissa
Mona Allen sebagai Ramona
Nazim Othman sebagai Johan
Hafreez Adam sebagai Adam Hakim
SINOPSIS DRAMA MONALISA
Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.
Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.