Saksikan drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Ku Curi karya Mia Kiff. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd.
Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 23 Mei 2018, Isnin-Jumaat 7.00 malam
Jumlah Episod: 27
Status: Tamat
Tonton
Download
WATAK PELAKON
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal
Mimi Lana sebagai Salima
Normah Damanhuri sebagai Nenda Rosnah
Jasmin Hamid sebagai Dalina
Afique Hussain sebagai Ustaz Azali
Azhan Rani sebagai Abang Ali
LAGU TEMA / OST
Siti Sarah - Semakin
SINOPSIS DRAMA HALALKAN HATI YANG KU CURI
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.
Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.
Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?