Saksikan drama bersiri baharu terbitan Zeel Production berjudul Amsyar. Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein dan ramai lagi. Drama arahan Murali Abdullah.
Tayangan: TV9
Siaran : Mulai 28 Oktober 2016, Selasa-Ahad, 8.30 malam
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat
Tonton
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 |
Download
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 |
SINOPSIS DRAMA AMSYAR
Mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.
Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.
Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.
Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.
Amsyar pernah jatih sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakahir?