Saksikan drama terbaru berjudul 'Umairah' yang bakal menghiasi slot samarinda TV3. Menampilkan gandingan pelakon Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar dan Shiqin kamal. Terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd di bawah arahan saudara Along Kamaludin.
Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 25 Oktober 2016, Isnin - Rabu 10 malam
Jumlah Episod: 15
Status: Tamat
Tonton
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
Download
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
Sinopsis Drama Umairah
Cerita ini mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato' Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, GARUDA GLOBAL.Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina.
Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.