Saksikan drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd arahan Harris Fadzillah.
Tayangan: TV1
Siaran : Mulai 12 November 2016, Sabtu & Ahad, 7.00 malam
Jumlah Episod: 26
Status: Tamat
Tonton
Download
SINOPSIS DRAMA 2000KM KE AL-HARAM
Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.
Hadi yang dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya, mula berubah menjadi seorang yang jauh dari agama selepas balik dari London. Bapa kandung Hadi merancang untuk membawanya ke Doha dan mengerjakan umrah bersama dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik. Ketika di sana, Hadi telah bertemu Iqa. Perkenalan Iqa dan Hadi sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik.