Awak Sangat Nakal (2016) Astro Ria & Astro Ria HD


Saksikan  drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Azmi Hatta.

Tayangan: Astro Ria & Astro Ria HD
Siaran : Mulai 7 November 2016, Isnin-Khamis 10.00 malam
Jumlah Episod: 16
Status: Tamat

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Ika Nabella sebagai Ain Humaira
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah

SINOPSIS DRAMA AWAK SANGAT NAKAL 
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
Back To Top