Mr London Ms Langkawi (2018)


Saksikan drama bersiri adaptasi daripada novel Mr London Ms Langkawi karya Herna Diana. Diterajui oleh Zul Ariffin dan Izara Aishah . Drama terbitan Global Station Sdn Bhd.

Tayangan: Warna HD 132 & Suria (2017)
Siaran : Mulai 14 Februari 2018, Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Jumlah Episod: 16
Status: Tamat


Tonton (Siaran Saluran Warna 2018)
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Tonton (Siaran Saluran Suria 2017)
Episod 1 Episod 2 Episod 3 & 4 Episod 5 & 6 Episod 7 & 8
Episod 9 & 10 Episod 11 & 12 Episod 13 & 14 Episod 15 & 16

# saluran Suria (Singapura) telah tamat siaran, dua episod ditayangkan setiap minggu.

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air.

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
Back To Top