Jalur (2014) Telemovie Istimewa Hari Malaysia TV3



Mengisahkan tentang persahabatan tiga sekawan, Budin, Wong dan Rajoo yang tinggal di kawasan kampung yang berhampiran. Ketika usia mereka dalam belasan tahun, Wong pernah menyelamatkan Budin dari satu insiden, Budin diberikan rawatan selama dua hari di rumah Wong kerana rumah mereka jauh di kawasan pedalaman. Sejak itu, mereka mulai akrab. Semangat mereka meraikan Hari Merdeka patut dicontohi oleh rakan-rakan sebaya. Budin dan Wong yang lahir pada taikh yang sama iaitu 31 Ogos 1957. Mereka menyambut hari lahir bersama dengan mengibarkan bendera di puncak bukit dekat kampung mereka. Situasi tersebut diteruskan walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga. Namun persahabatan mereka kian renggang kerana salah faham. Pada Hari Merdeka juga mereka kembali berdamai tetapi tragedi sedih menimpa salah seorang daripada mereka.

Pelakon: Zamarul Hisham, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Fazlina Ahmad Daud
Download Link: Embedupload




Back To Top