Kereta Kita (2014) Telemovie Istimewa Hari Malaysia TV3



Amran sering pulang lewat sejak 6 bulan ini. Isterinya, Jas mengesyaki Amran ada hubungan sulit dengan Azizah. Rupa-rupanya, Amran sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama di sebuah bengkel. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Semasa abah membawa pulang kereta itu, budak-budak kampung berarak mengiringi kereta itu. Sejak hari itu, Proton Saga merah yang dinamakan sebagai Azizah menjadi kebanggaan ayah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran ke ITM. Amran berjanji kepada abahnya dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka. Kereta ini juga ada kisah hidup mereka.

Pelakon: Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahaya, Amyra Rosli, Dato’ Rahim Razali
Download Link: Embedupload


Back To Top